Persatuan KARYAWAN Malaysia Sempena Aidiladha 2023 Mengorban 1 Ekor Lembu Khas Untuk Artis VETERAN

Persatuan KARYAWAN Malaysia Sempena Aidiladha 2023 Mengorban 1 Ekor Lembu Khas Untuk Artis VETERAN

Damansara, 29 Jun 2023 – Persatuan KARYAWAN Malaysia Sempena Aidiladha Mengorban 1 Ekor Lembu Khas Untuk Artis VETERAN. Sempena Iadah Korban 2023 ini, Naib Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Muhammad Radhieddeen bin Abd Khalid atau pun lebih dikenali sebagai Radhi Khalid (Pelakon Terkenal Spanar Jaya). Aktiviti Adakan Gotong Royong bagi mewakili 7 bahagian untuk rakan-rakan Artis bersama Ahli Persatuan KARYAWAN Malaysia.

Persatuan Karyawan Malaysia telah mewakafkan Seekor Lembu (7 bahagian) kepada para ahli yang berkelayakan. Acara Jamuan & Pembahagian Daging korban ini Akan diadakan pada Khamis 29 Jun 2023 di Surau Perdana ( Jalan PJU 8/6, Damansara Perdana ) bermula Jam 2.00 petang

 

Alhamdulillah kita diberikan peluang untuk berada pada 10 hari yang dimuliakan di awal bulan Zulhijjah. 10 hari yang digalakkan supaya kita mempertingkatkan amal soleh dah ibadat kepada Allah.

Aidiladha ini ingin mengongsikan kemeriahan sambutan bersama seekor Lembu.yang dimana Lokasi bertempat untuk Ibadah Korban 2023 ini Masjid Damansara Perdana dengan bersama jumlah lebih 18 Ekor Lembu. Kami berbesar hati jiika mana-mana pihak ingin turut menyertai dan juga menjayakan Ibadah Korban dan menerima manfaat bersama.

 

Selebriti Veteran iaitu persatuan KARYAWAN Malaysia menamakan 7 bahagian kepada ImudaHozir Irfanto Suliano (anak Allahyarham Julie Sudiro), Sarimah Ahmad, Salinah Mahmud, penyanyi Veteran Zaiton Sameon, Rozita Rohaizad, Ahmad Abdullah. Ibadah Korban ini turut dilaksanakan setiap tahun dan mewakili para artis lain yang kurang berkemampuan.

Diantara yang turut hadir seperti rakan media dan juga Blogger bagi memeriahkah suasana Ibadah Korban ketika pemberian kepada yang tidak berkemampuan. Surau Perdana sangat mengalu-alukan kehadiran para Jamaah untuk meluangkan masa dan mengambil peluang untuk mengikuti program-program yang telah dirancang dan seterusnya mengimarahkan rumah Allah yang kita sayangi ini.

 

Mengambil syiar tersebut, Surau Perdana telah merancang dan mengatur beberapa Program bersempena bulan Zulhijjah seperti  berikut:

1. Daging Qurban (Hadiah) boleh diambil selepas Asar 29.9.2023

2. SEMBAHYANG SUNAT AIDIL ADHA
Tarikh : 29.6.2023
Masa : 8.00 pagi

3. ACARA KORBAN
Taklimat Kurban
Masa 8.45 am

4. MAKAN TGH HARI
Tarikh: 29.6.2023
Masa: Selepas Solat Fardhu Zuhur

 

Surau Perdana akan menyediakan makan tengah hari untuk menampung 700 orang dari para Jamaah, para petugas dan peserta Qurban.

Surau Perdana sangat mengalu-alukan kehadiran para Jamaah untuk meluangkan masa dan mengambil peluang untuk mengikuti program-program yang telah dirancang dan seterusnya mengimarahkan rumah Allah yang kita sayangi ini.

Related post

About

Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi

Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi
Persatuan Karyawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KARYAWAN telah didaftar dengan rasminya pada tahun 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair.

Get in touch

Persatuan Karyawan Malaysia
No F-18-5-1 Jalan Semarak Api 3,
Diamond Square Commercial Centre,
Jalan Wangsa Delima 5,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur

Tel:+6012 207 1400
Mobile : 012 315 3988 (Hj Kamal)