Notis Mesyuarat Agung Tahunan Karyawan kali ke 27
Merujuk kepada perkara di atas pihak Persatuan Karyawan Malaysia ingin menjemput para ahli berdaftar untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Karyawan kali ke 27 bagi membentangkan beberapa perkara.
Berikut adalah butiran bagi majlis ini:-
Tarikh : Ahad 27 Jun 2026
Masa : 3 ptg
Tempat : P Ramlee Lounge, Saloma Kuala Lumpur Jalan Ampang Kuala Lumpur
Usul-usul yang akan dibentangkan adalah aspek berkaitan dengan beberapa perkara seperti berikut :-
(i) Untuk mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan terakhir
(ii) Untuk menerima dan meluluskan laporan kerja Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan pada tahun sebelumnya
(iii) Untuk menerima dan meluluskan Akaun Audit dari Persatuan untuk tahun dahulu bersama-sama dengan laporan dari Juruaudit
(iv) Untuk memilih sebuah Lembaga Eksekutif bagi tiga tahun seterusnya yang terdiri daripada seorang Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari dan lima (5) ahli jawatankuasa. Lima (5) ahli jawatankuasa yang lain harus dilantik oleh Presiden dari Persatuan atas dasar itu namun setiap kekosongan yang terjadi selama jangka waktu tersebut dapat dipenuhi oleh Jawatankuasa lain dengan memilih ahli biasa untuk mengisi kekosongan tersebut
(v) Untuk melantik Juruaudit
(vi) Melakukan transaksi perniagaan lain yang dalam sepuluh (10) hari dari tarikh notis hendaklah diberikan secara bertulis kepada Setiausaha.
Sila mengesahkan kehadiran anda melalui emel ini. Disini pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan penglibatan Tuan/Puan didalam segala aktiviti persatuan selama in.
Sila pastikan anda yang ingin hadir membawa kad keahlian untuk pengesahan. Kehadiran ke majlis ini amat kami nantikan. Sekian.
Notis Mesyuarat Agung Tahunan Karyawan kali ke 27
Related
Related post
-
-
2 minggu lalu Majlis Sumbangan NexG X Karyawan
-

About
Malaysian Artistes' Association | Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN)
Malaysian Artistes' Association | Persatuan Karyawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KARYAWAN telah didaftar dengan rasminya pada tahun 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair.