Pangkalan data sebagai pemudah cara agihan royalti
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berharap satu pangkalan data dapat diwujudkan sebagai pemudah cara bagi mengenal pasti setiap penggunaan lagu di negara ini.
Kata Freddie, kaedah tersebut, yang menggunakan teknologi terkini, adalah perlu untuk menyelesaikan masalah pengagihan royalti yang sehingga kini tidak berkesudahan.
“Kita perlukan pangkalan data untuk kenal pasti lagu yang digunakan agar pengagihan royalti dapat dibuat secara lebih telus.
“Saya tidak nafikan kaedah yang diaplikasikan sekarang bersifat outdated.
“Jadi saya, bersama ahli petugas khas royalti yang lain akan usulkan perkara ini dan membincangkan tentangnya dalam mesyuarat bersama kementerian terlibat nanti,” katanya.
Freddie berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sesi Townhall Royalti yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) dekat sini, baru-baru ini.
Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd. Yusof.
Freddie pada masa sama menyambut baik penganjuran townhall berkenaan yang dianggapnya bermanfaat besar buat pengkarya dan pengguna muzik di negara ini.
“Townhall ini membuka peluang kepada penggiat seni khusunya pengkarya dan pengguna muzik untuk meluahkan dan berkongsi pandangan tentang isu pemberian royalti.
“Terlalu banyak pihak yang kutip royalti termasuk di Sabah dan Sarawak. Keadaan ini merumitkan. Kalau boleh kita mahukan hanya satu badan tunggal yang kutip dan agihkan (royalti).
“Jadi saya harap apa yang dikongsikan dalam sesi ini membantu untuk pihak berkenaan mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu berkaitan,” jelasnya.
Related
Related post
-
6 jam lalu -
1 minggu lalu OKU FEST 2.0: Festival Seni Insan Istimewa
-
About
Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi
Persatuan Karyawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KARYAWAN telah didaftar dengan rasminya pada tahun 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair.