Karyawan – FMT Menganjurkan Majlis Iftar Bersama Penggiat – Penggiat Seni Tanah Air
Persatuan Karyawan Malaysia dengan sokongan FMT telah menganjurkan Majlis Iftar bersama penggiat-penggiat seni tanah air di ParkRoyal Collection Hotel Kuala Lumpur semalam.
Tetamu Kehormat majlis itu ialah Datuk Armizan Bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.
Di dalam majlis buka puasa malam tadi, 50 artist tempatan telah menerima sumbangan RM1,000 setiap seorang sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
President Karyawan Datuk Freddie Fernandez dalam ucapannya telah membangkitkan isu Royalti yang tidak dibayar kepada penggiat seni, diantaranya ialah kepada Dato Khatijah Ibrahim dan Dato Jamal Abdillah.
Ramai artis rakaman telah meluahkan kekecewaan tiadanya kaedah konsisten dalam agihan royalti.
Presiden Karyawan itu berkata artis belum menerima bayaran royalti yang mereka berhak atas hasil kerja mereka.
Dia mencadangkan agar sebuah jawatankuasa ditubuhkan, diketuai oleh Menteri untuk menangani masalah berhubung royalti.
Dia menggesa Menteri untuk mengkaji semula kaedah bagaimana Royalti yang dikutip diagihkan dengan betul dan sewajarnya.
Datuk Armizan mula ucapannya dengan mengatakan bagaimana terujanya melihat artis-artis yang datang untuk majlis iftar semalam, sebagai seorang yang daripada Sabah sebelum ini dia hanya melihat mereka di kaca tv sahaja. Dia juga mengenang kembali waktu kecilnya dimana lagu-lagu Uji Rashid dan Zaiton Sameon menjadi kegemaran dia dan maknya. Dia telah mengambil hati para hadirin, bila dia menyanyi beberapa rangkap lagu lagu Uji Rashid, Zaiton dan Farahdhiya.
Armizan juga telah memberitahu bahawa dia telah mendapat izin PM untuk tidak menghadiri majlis buka puasa melibatkan menteri-menteri kabinet, kerana mengutamakan majlis iftar Karyawan-FMT untuk bersama penggiat-penggiat seni tanah air.
Dia juga memberi jaminan, untuk mengkaji semula isu Royalti yang dibangkitkan. Dia berjanji kerajaan akan mengambil segala usaha untuk memastikan artis diberi ganjaran yang sewajarnya atas hasil kerja kreatif mereka.“Kerja dan bakat adalah aset artis kami dan sumber pendapatan mereka.
“Tanggungjawab kami adalah untuk memastikan semua artis menikmati hasil usaha mereka, bukan sahaja semasa kerjaya mereka tetapi juga selagi karya mereka dinikmati oleh pengguna,
FMT telah menyumbang RM50,000.00 kepada Persatuan Karyawan Malaysia dalam majlis tersebut.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bin Bakar dan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Datuk Azman Bin Adam juga hadir dalam majlis tersebut
Sumber : Bestfbkl
Related
Related post
-
2 minggu lalu -
3 minggu lalu OKU FEST 2.0: Festival Seni Insan Istimewa
-
About
Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi
Persatuan Karyawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KARYAWAN telah didaftar dengan rasminya pada tahun 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair.