Per Agm 20 2019 Tarikh 26 Jun 2019

Per : AGM 20/2019
Tarikh : 26 Jun 2019
Mesyuarat Agung Tahunan Karyawan kali ke 20
Merujuk perkara di atas, pihak Persatuan Karyawan Malaysia ingin menjemput para ahli berdaftar untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Karyawan kali ke 20 bagi membentangkan beberapa perkara. Berikut adalah butiran bagi majlis ini:-
Tarikh : 30 Jun 2019 (Ahad)
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Balai Seni Lukis Negara, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur
Usul-usul yang akan dibentangkan adalah aspek berkaitan dengan beberapa perkara seperti berikut :-
( i ) Untuk mengesahkan minit mesyuarat Mesyuarat Agung Tahunan sebelum ini .
( ii ) Untuk menerima dan mengesahkan laporan pelaksanaan kerja yang dijalankan Persatuan sebelum ini.
( iii ) Untuk menerima dan mengesahkan pembentangan laporan kewangan persatuan yang telah di audit beserta dengan laporan juruaudit yang telah dilantik.
( iv ) Untuk membincangkan perkara-perkara lain yang diusulkan oleh ahli-ahli yang hadir dimana notis (10) hari telah diberikan tentang perkara berikut secara bertulis kepada Setiausaha.
Disini pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan penglibatan Tuan / Puan di dalam segala aktiviti persatuan selama in. Sila pastikan anda yang ingin hadir membawa kad keahlian untuk pengesahan. Kehadiran ke majlis ini amat kami nantikan. Sila mengesahkan kehadiran dengan membalas kembali ke email ini.Harap Maklum
Sekian, Terima kasih
PERSATUAN KARYAWAN MALAYSIA
Dato’ Freddie Fernandez
Presiden
Related post
-
-
May 28, 2019 Bersama2 Kita Berserdekah Di Bulan Ramadhan Yg Mulia
Follow Us
Latest News
-
-
Per Agm 20 2019 Tarikh 26 Jun 2019
Jun 26, 2019 -
Bersama2 Kita Berserdekah Di Bulan Ramadhan Yg Mulia
May 28, 2019 -
About
Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi
Persatuan Karyawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KARYAWAN telah didaftar dengan rasminya pada tahun 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair.