Mesyuarat Agung Tahunan Karyawan kali ke-25

Mesyuarat Agung Tahunan Karyawan kali ke-25

Merujuk kepada perkara di atas pihak Persatuan Karyawan Malaysia ingin
menjemput para ahli berdaftar untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan

Karyawan kali ke 25 bagi membentangkan beberapa perkara. Berikut adalah butiran bagi majlis ini:-

Tarikh : 29 Jun 2024 (Sabtu)
Masa : 3 ptg
Tempat : Auditorium Mini MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Usul-usul yang akan dibentangkan adalah aspek berkaitan dengan beberapa perkara seperti berikut :-
(i) Untuk mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan terakhir dan Mesyuarat Agung Luarbiasa (jika ada)
(ii) Untuk menerima dan meluluskan laporan kerja Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan pada tahun sebelumnya
(iii) Untuk menerima dan meluluskan Akaun Audit dari Persatuan untuk tahun dahulu
(iv) Untuk melantik Juruaudit
(v) Melakukan transaksi perniagaan lain yang dalam sepuluh (10) hari dari
tarikh notis hendaklah diberikan secara bertulis kepada Setiausaha.

Sila mengesahkan kehadiran anda melalui emel ini.

Disini pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan penglibatan Tuan / Puan didalam segala aktiviti persatuan selama in. Silapastikan anda yang ingin hadir membawa kad keahlian untuk pengesahan.

Kehadiran ke majlis ini amat kami nantikan.

Lampiran 

Related post

About

Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi

Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi
Persatuan Karyawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KARYAWAN telah didaftar dengan rasminya pada tahun 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair.

Get in touch

Persatuan Karyawan Malaysia
No F-18-5-1 Jalan Semarak Api 3,
Diamond Square Commercial Centre,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur

Tel:+6012 207 1400
Mobile : 012 315 3988 (Hj Kamal)