Isma Aliff dah boleh bergurau
Kuala Lumpur : Artis serba boleh era 1980-an, Isma Aliff yang kini dirawat di Hospital Ampang, di sini, mungkin tidak akan dikunjungi anak-anaknya berikutan mereka terlalu sibuk dengan urusan masing-masing.
Perkara ini dijelaskan adiknya, Shamsidah Ismail, 57, kepada penyanyi dan pelakon, Rozita Rohaizad yang menghubunginya hari ini.
“Shamsidah beritahu berkenaan perkara ini ketika saya menghubunginya selepas saya dan Datuk Freddie Fernandez menziarahi Isma, hari ini.
“Bagaimanapun Shamsidah enggan mengulas lanjut serta masuk campur status terkini Isma dan isterinya,” katanya.
Shamsidah sebelum ini memberitahu Harian Metro, abangnya dirawat di hospital berkenaan tanpa ditemani sesiapa.
Dia turut menjelaskan sudah menghebahkan berita abangnya sakit kepada mereka serta menerusi media sosial.
Malah, anak Shamsidah ada menghubungi anak sulung Isma yang sudah berkeluarga tetapi panggilan telefon ditolak. Ia sekaligus menyukarkan mereka untuk berkomunikasi mengenai perkara ini.
Sementara itu, Freddie yang juga Presiden Karyawan bersama Rozita selaku Ahli Jawatan Kuasa persatuan terbabit hadir melawat Isma yang dirawat di hospital itu sejak 16 hari lalu.
Freddie memberikan kata-kata semangat serta menghulurkan sumbangan wang tunai dari tabung kebajikan Karyawan untuk meringankan beban yang ditanggung Isma.
Pelakon filem Marah-Marah Sayang ini kelihatan ceria dengan kunjungan terbabit. Malah dia sempat bergurau dengan Freddie dan Rozita walaupun butir-butir percakapannya sukar difahami.
Pada masa sama, Isma terlebih dahulu diziarah oleh dua rakan sekolahnya dari peringkat sekolah rendah sehingga kini dikenali sebagai Jalil Bahari dan Sulaiman.
Jalil berkata, mereka sama-sama bersekolah di Sekolah Rendah Jalan Gurney 2 pada 1971 dan kemudian menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Seri Ampang, di sini..
“Waktu kami sampai, Isma sangat sedih dan menangis mungkin kerana terharu. Tapi keadaan dia nampak berbeza selepas dikunjungi Freddie.
“Selepas ini ramai lagi kawan-kami dari grup WhatsApp sekolah yang akan melawatnya,” katanya.
Rozita pula sekali lagi memaklumkan Shamsidah memberitahunya Isma dibenarkan keluar dalam masa terdekat sekiranya sudah sembuh sepenuhnya.
“Itu semua bergantung kepada keputusan doktor. Dia turut menjelaskan sedang mencari jalan terbaik untuk menguruskan abangnya yang sakit dan emak mereka yang terlantar di rumah,” katanya.
Related
Related post
-
2 minggu lalu -
3 minggu lalu OKU FEST 2.0: Festival Seni Insan Istimewa
-
About
Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi
Persatuan Karyawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KARYAWAN telah didaftar dengan rasminya pada tahun 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair.