Freddie Fernandez Kekal Teraju KARYAWAN Penggal 2023 Hingga 2026
Pemilihan Freddie diundi secara sebulat suara oleh ahli-ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KARYAWAN Ke-24 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Freddie berkata, isu dan masalah membabitkan ahli-ahli persatuan akan terus diberi perhatian agar kebajikan mereka diperjuangkan.
“KARYAWAN akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengisi tabung supaya dapat meneruskan usaha menjaga hak dan kepentingan ahli-ahli.
“Isu royalti artis, masalah dihadapi artis rakaman, pemuzik kelab dan hotel, pemuzik dan artis jalanan atau buskers dan isu bayaran persembahan yang seringkali menyaksikan artis tempatan dipinggir berbanding artis luar negara perlu diberi perhatian sewajarnya,” katanya.
Selain Freddie, pemilihan Ahli Lembaga Eksekutif dibuat pada AGM kali ini termasuk pelakon Radhi Khalid sebagai Timbalan Presiden, Rozita Rohaizad sebagai Setiausaha Kehormat, Kamal Kassim sebagai Bendahari dan enam Ahli Jawatankuasa iaitu Norshila Amin, Jude Singho, Don Guerzo, Putri Balqish Agalan, Helmi Gimmick serta Haniah Hassan.
Sejak tahun 2021, KARYAWAN menjalankan aktiviti kebajikan dan bantuan kepada ahli-ahli yang menghadapi masalah akibat ketiadaan sumber rezeki. Baru-baru ini beberapa usaha telah dilakukan untuk membantu dua artis yang mengalami penyakit serius iaitu Iskandar Spring dan Ibnor Riza.
“Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya juga menyalurkan bantuan melalui KARYAWAN kepada ramai artis termasuk artis rakaman, kelab dan penggiat seni dari bidang lain yang merupakan ahli KARYAWAN. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya serta Agensi kerajaan lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sentiasa menyokong usaha dan aktiviti ahli-ahli Karyawan” katanya.
Pada majlis tersebut, ahli-ahli KARYAWAN juga diberi penerangan mengenai fungsi dan caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) oleh wakil Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri.
“KARYAWAN menyeru dan menggalakkan ahli-ahli untuk mencarum bersama PERKESO agar mendapat manfaat jika ditimpa kemalangan mahupun meninggal dunia,” katanya.
Related
Related post
-
-
3 bulan lalu Pertandingan K2K Idol Final
-
4 bulan lalu The First Malaysia Country Music Festival and Awards
About
Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi
Persatuan Karyawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KARYAWAN telah didaftar dengan rasminya pada tahun 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair.