About Us
Persatuan Karyawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KARYAWAN telah didaftar dengan rasminya pada tahun 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair. Ia ditubuhkan atas daya usaha Presiden KARYAWAN sekarang, Dato’ Freddie Fernandez dan rakan-rakannya yang lain setelah melihat pelbagai masalah dan kemelut yang menyelubungi industri hiburan dan seni tanahair.
Ini termasuk masalah cetak rompak album, VCD, penguasaan artis luar serta ketiadaan satu persatuan ketika itu yang berfungsi menyatukan para karyawan seni di bawah satu wadah yang kukuh untuk memperjuangkan nasib mereka.
KARYAWAN yang kini dianggotai oleh lebih 6,000 orang ahli dari kalangan artis, pekerja industri hiburan, dan sebagainya dapat menjadi salah satu payung bagi insan seni berteduh. KARYAWAN pernah menjalankan aktiviti kebajikan seperti mengumpul dana untuk membiayai skim pencen bulanan bagi 26 artis veteran dan hilang upaya yang memerlukan bantuan di samping banyak terlibat membantu para ahlinya yang mengalami pelbagai kesulitan. Usaha murni yang tidak putus-putus saban hari ini menjadikan Karyawan sebagai sebuah persatuan yang paling aktif kini di dalam membantu para pengkarya tempatan.
Address
Persatuan Karyawan Malaysia
No F-18-5-1 Jalan Semarak Api 3,
Diamond Square Commercial Centre,
Jalan Wangsa Delima 5,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur
About
Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi
Persatuan Karyawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KARYAWAN telah didaftar dengan rasminya pada tahun 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair.