Isu royalti: Karyawan akan buat sesi ‘town hall’
Kuala Lumpur: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), akan menganjurkan sesi town hall bertujuan mencari jalan penyelesaian terhadap isu royalti artis.
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, sesi bertajuk Polemik Royalti : Sampai Bila? akan diadakan pada 29 Ogos ini di Auditorium MATIC, Jalan Ampang, di sini, jam 3 petang.
Freddie berkata, keterujaan artis rakaman berkenaan pindaan kepada Akta Hakcipta 23 tahun yang lalu, bertukar kekecewaan apabila sehingga sekarang belum lagi menerima royalti ini dalam satu kaedah yang konsisten.
“Karyawan melihat perkara ini berlaku atas beberapa sebab. Antaranya ialah kegagalan ramai artis untuk mengetahui hak mereka dalam soal royalti muzik dan ambil tindakan untuk menuntut hak itu.
“Apa yang kita lihat ialah ramai artis masih kabur dengan perkara ini dan tidak tahu apa yang berlaku. Yang pasti adalah mereka tidak dapat royalti secara konsisten seperti yang dijanji oleh pelbagai pihak sebelum ini.

Related
Related post
-
3 minggu lalu -
4 minggu lalu OKU FEST 2.0: Festival Seni Insan Istimewa
-
About
Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi
Persatuan Karyawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KARYAWAN telah didaftar dengan rasminya pada tahun 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair.